Monday, April 6, 2009

selamat pengantin baru Adam@Fong


Pejam celik-pejam celik dah kawin pon Fong, rasa macam baru semalam je kita sume lepak kat sungai mandi-manda macam org asli ( terutama edham). zainal dengan rekod paling cepat terjun sungai dan paling cepat kluar sungai dengan keadaan menggigil serta pucat (macam dah berjam-jam berendam dlm sungai). Aku dgn rudy lebih kepada mangsa buli si edham. Bila ingat balik lawak lak tapi still seronok. Anyway congratulations to Fong tapi yg lebih membanggakan ialah Fong kawin as a muslim (akad nikah skali lafaz tu). Okey la gua chow yun fat dulu. Lupa lak sape nak gambar bagi tau aku, nanti aku email.


makan! makan! makan! jgn malu-malu, kalau nak lagi boleh tambah, sedap masakkan tu. Eh...edham kenapa skit sangat makan.......takkan nak diet kot dah terlambat kalau nak diet pon.

ho ho ho....reaksi jejaka bujang yg happy (macam tak ikhlas je senyum).

Monday, February 2, 2009

pulau pangkor





sempena hari jadi aku, minggu tu aku telah pegi melancong ke pulau pangkor bersama keluarga sebenarnya kebetulan je ari jadi aku minggu tu. Kalau korang nak destinasi bajet aku syorkan korang pegi pulau pangkor, resort yg aku lepak 3 hari 2 malam cuma RM150 dan tambang bot RM 10 shj pegi balik dari jeti lumut kalau korang nak free bolehlah berenang dekat je lebih kurang 30 min naik bot (edham ko kena naik bot!). Pasal makan korang toksah risau mcm2 ada dari yg halal sampai la ke haram sume ade dgn harga yg berpatutan. Mari melawat malaysia, banyak tempat best kat malaysia ni, cintai negara kita (aku ingat nak pegi jepun la...).


ni gambar souvenir utk korang pick one u like, kalau korang nak tuntut la bila jumpa aku, korang cuma perlu bayar skit je ( hahaha acah je...) .

happy birthday to me!


hmmm......nampak sedap tak? jangan tengok pada luaran saje, sesetengah benda tu luar je nampak elok dalam siapa yg tahu tapi kek ni memang sedap macam luaran dia gak, aku dah rasa dah. Kek ni kakak aku belikan ( actually aku pakse dia beli....dia tak ingat pun birthday aku). Sory la sebab lambat update aku tak tau nak tulis ape, nak tulis isu semasa baik korang baca surat kabar, nak tulis cerita lawak baik korang baca ujang itupun kalau majalah ujang masih lawak lagi, kalau korang nak belajar melukis korang boleh jumpa rudy, kalau korang nak mengumpat ke? kutuk2 org ke? baik korang jumpa edham je. So aku kebuntuan dan tertekan setiap kali member2 suruh update blog, tidur tak lena ( dari pukul 2 a.m sampai 9 a.m je!) makan tak kenyang ( 3 kali sehari je!) memikirkan ape yg nak update. Lepas ni tolong la jangan presure aku ok? kalau aku ade ape2 event utk share aku akan post kat blog ni. Okey bye2..