Saturday, May 10, 2008

umrah

kepada kekawan yg saya hormati semua sorry le bebanyak sebab tak bagi tau korang pasal aku gi umrah. Aku bukanye taknak bagitau cuma takut nanti korang pesan mcm2 :) So untuk berkongsi dengan korang semasa aku kat sana, aku sediakan beberapa gambar yg aku rase menarik, sebenarnya ade banyak lagi gambar cuma takut korang bosan je nanti nak tgk. Utk lebih feeling sila start dari bawah ke atas. Lastly kalau korang nak rasa kurma dtg la rumah aku ataupun korang bolehlah beli sendiri di kedai-kedai yg berdekatan. Bye......lupa lak assalammualaikum.

ini gambar daripada tingkat tiga kat masjid haram di makkah. Masa aku kat sana orang tengah ramai sesak gila.

pic 4

Ini gambar masa gi melawat ke tempat membuat kelambu kaabah, benang yg digunakan benang perak pastu cover lagi dengan benang emas. Tiap2 tahun dia akan tukar masa musim haji, kos satu kelambu lebih kurang 30 juta.

pic 3


Dah la naik kapal terbang 8 jam gi jeddah, lepas sampai je jeddah terus gi ke madinah naik bas lebih kurang dlm 4 jam baru sampai hotel, letih betul. Ini gambar masjid nabawi.

pic 2



ini gambar masa aku dlm perjalan ke jeddah, sampai sana dlm pukul 9.00 pm.

pic 1


ini gambar kapal terbang aku naik SAUDI ARABIA AIRLINES.