Saturday, May 10, 2008

umrah

kepada kekawan yg saya hormati semua sorry le bebanyak sebab tak bagi tau korang pasal aku gi umrah. Aku bukanye taknak bagitau cuma takut nanti korang pesan mcm2 :) So untuk berkongsi dengan korang semasa aku kat sana, aku sediakan beberapa gambar yg aku rase menarik, sebenarnya ade banyak lagi gambar cuma takut korang bosan je nanti nak tgk. Utk lebih feeling sila start dari bawah ke atas. Lastly kalau korang nak rasa kurma dtg la rumah aku ataupun korang bolehlah beli sendiri di kedai-kedai yg berdekatan. Bye......lupa lak assalammualaikum.

ini gambar daripada tingkat tiga kat masjid haram di makkah. Masa aku kat sana orang tengah ramai sesak gila.

pic 4

Ini gambar masa gi melawat ke tempat membuat kelambu kaabah, benang yg digunakan benang perak pastu cover lagi dengan benang emas. Tiap2 tahun dia akan tukar masa musim haji, kos satu kelambu lebih kurang 30 juta.

pic 3


Dah la naik kapal terbang 8 jam gi jeddah, lepas sampai je jeddah terus gi ke madinah naik bas lebih kurang dlm 4 jam baru sampai hotel, letih betul. Ini gambar masjid nabawi.

pic 2



ini gambar masa aku dlm perjalan ke jeddah, sampai sana dlm pukul 9.00 pm.

pic 1


ini gambar kapal terbang aku naik SAUDI ARABIA AIRLINES.

Sunday, April 6, 2008

cuti

akhirnya abis gak paper terakhir utk sem ni, lepas ni cuti 3 bulan bestmye....ape nak buat cuti ni.....travel pegi pantai ke, sungai ke best gak ni. Lepas tu aku ingat nak beli kasut, seluar, pegi tgk movie...lagi nak update lukisan terbaru kat devianart banyak betul benda nak buat....but first kita relaks dulu, baring2, tido. Setelah masa berlalu...tengok calendar....arghhhhhh tidak! minggu depan dah nak start kuliah...kasut tak beli lagi..ah deviantart lupa nak update ape2 pun tak lukis lagi....ape-ape pun tak buat lagi. Ah.....bestnye kalau cuti ade 3 bulan lagi.

Friday, April 4, 2008

update blog

atas permintaan ramai akhirnya aku update gak blog ni. sory la sblum ni busy sangat....macam2 nak kena buat...nak main game la, nak tengok t.v lagi, pastu nak tido, makan minum mandi dan lain2 lagi. lepas ni aku akan try update selalu....so jgn lupa baca berita terkini drp aku. By the way korang dah tgk crita fitna tak? aku baru tgk je....bagi aku agama tak salah, yg salah adalah individu yg menganut agama tersebut kerana tak mengamalkan agama mereka sepenuhnya. Ikut logik takde agama yg suruh penganut dia buat kejahatan apatah lagi agama islam. Orang Jews pun ade bunuh org, org Cristian pun ade bunuh org, org hindu, org Budhha semua pun sama tapi takde sape pun cakap yg agama diorang menganjur keganasan. okey la...jumpa lagi. chow